Thursday 5 January 2012

Pendahuluan

Isky Travel & Tour Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Isky Travel & Management Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 31hb Julai 2003. Ia merupakan sebuah agensi pelancongan dan pengembaraan Bumiputera yang berwibawa dan berpengalaman untuk memenuhi permintaan para pelanggan korporat, badan kerajaan serta persendirian. 

Dengan lonjakan permintaan pakej-pakej pelancongan muslim diserata dunia, adalah amat bersesuaian bagi syarikat kami menjadi perintis yang menyediakan pakej lengkap (fullboard) dan juga pakej Ground sahaja.  Selain dari menyediakan pakej lengkap, syarikat kami juga menyediakan pakej “Tailor Made” (Pakej mengikut permintaan pelanggan). Perkhidmatan ini akan membantu individu, syarikat-syarikat dan juga agensi kerajaan merancang perjalanan percutian mereka.

Isky Travel & Tour  komited dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti dan profesional untuk program-program berikut:
·                Perkhidmatan Pakej Umrah
·                Pakej Pelancongan Domestik (Inbound)
·                Pakej Pelancongan Luar Negara (Outbound)
·                Agensi Pengembaraan & Tempahan Tiket (Ticketing)
·                Perkhidmatan Pengangkutan; Bas & Limosin
·                Khidmat Nasihat Pelancongan
·                Pengurusan Acara/Hari Keluarga






Maklumat Korporat


Nama Syarikat :         Isky Travel & Tours Sdn Bhd

Alamat Berdaftar :       27A, Medan Istana 6, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh, Perak.

Alamat Beroperasi :     TB-C, Persiaran Bijih Timah, Kinta Height, 30000 Ipoh, Perak.

No.Telefon :               05-2541213

Email :                       iskytour@yahoo.com

No.Daftar Perniagaan :         623639-W

Tarikh Pendaftaran :    31 Julai 2003

Jenis Perniagaan :       Agensi Pelancongan

Status Syarikat :                 Syarikat Sdn Bhd

Setiausaha Syarikat :   ZMY Management Services
                                27A, Medan Istana 6, Bandar Ipoh Raya, 3000 Ipoh,

Modal Berbayar :        RM 200,000.00

Modal Dibenarkn :       RM 500,000.00

Bank Berurusan :        RHB, Jalan Tun Sambanthan, Ipoh, Perak.

Jenis Akaun :              Semasa

No.Akaun :                 20801600112885
       
       




                                         
                                Misi Kami

Isky Travel & Tours beriltizam untuk mencapai visi dengan :
  1. Menyediakan dan mempermudahkan perkhidmatan Umrah & Ziarah, pelancongan domestik dan pelancongan luar negara dengan selamat.
  2. Memperkasa ekonomi bumiputera dan ummah keseluruhannya
  3. memberi nilai untuk wang pelanggan (Value for money)


                                Visi Kami

Visi Isky Travel & Tours adalah untuk menjadi sebuah syarikat Bumiputera yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan yang terkemuka di Malaysia dan di dunia dengan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

                          Piagam Pelanggan
Isky Travel & Tours berazam dengan Insya'ALLAH untuk
·                Menyediakan perkhidmatan Umrah dan Ziarah, pelancongan domestic
       dan pelancongan luar negara pada harga berpatutan.
·                Menyelaras urusan penerbangan dan pengangkutan darat yang
       menepati masa, selamat dan boleh diharapkan.
·                Menyelaraskan urusan penginapan yang bersih dan selesa.
·                Memberi layanan yang mesra, cepat dan cekap.
·                Memberi maklumat yang tepat, jelas dan terkini.


                           Hubungi Kami

Isky Travel & Tours ingin terus menyumbang ke arah pembangunan aktiviti pelancongan dan percutian yang memenuhi tuntutan Syariat Islam.

Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan cadangan untuk menganjurkan program-program serta pakej-pakej pengembaraan dan pelancongan yang menarik. Sila hubungi:

TN. HJ ELIAS BIN YAHAYA - Pengarah Urusan   hp 017-5121312        
ISMAIL BIN MAT AKHIR     - Pengurus Besar     hp 019-6465393        


ISKY TRAVEL & TOURS SDN BHD
TB-C Persiaran Bijih Timah,
Kinta Height,
30000 Ipoh,
Perak.
Tel. 05 254 1213
email. iskytour@yahoo.com




















PAKEJ-PAKEJ POPULAR




























5H4M DI JAKARTA / BANDUNG


HARI 1 KUALA LUMPUR – JAKARTA (MM)

Berkumpul di KLIA 2 ½ jam sebelum masa berlepas, setibanya di Jakarta, anda akan disambut oleh wakil kami, makan malam, check in ke hotel, bermalam di Jakarta. 

HARI 2 JAKARTA – PUNCAK-BANDUNG (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, check out dan bertolak ke Bandung melalui Puncak, nikmati pemandangan ladang teh yang menghijau disepanjang perjalanan ini, makan tengahari, solat, singgah sebentar di Cianjur Market untuk membeli pelbagai makanan ringan tempatan seperti jeruk salak, kerupuk udang dll, setibanya di Bandung, check in ke hotel, makan malam di Bandung.

HARI 3 BANDUNG FULL DAY TOUR + SHOPPING (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, melawat ke kawasan kisah legenda “Sangkuriang” Tangkuban Perahu, kemudiannya ke Ciater Hot Spring, rakamkan kenangan anda disini, kembali ke Bandung, masa bebas membeli belah di Kilang Batik Danar Hadi, ke rangkaian factory outlet terkenal di Bandung seperti Rumah Mode, Donatello Bags & Shoes Factory, The Summit, Heritage, STAMP dan ke Pasar Baru Trade Centre, makan malam dan kembali ke hotel.

HARI 4 BANDUNG – JAKARTA (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, check out, bertolak ke Jakarta melalui toll highway, setibanya di Jakarta, melawat ke Taman Mini Indonesia Indah, makan tengahari, sambung membeli belah di  kawasan shopping paling terkenal di Jakarta, Pasar Tanah Abang, makan malam, check in dan bermalam di hotel.


HARI 5 BANDUNG – KUALA LUMPUR (SP/MT)

Selepas sarapan, check out, peserta kemudiannya dibawa melawat ke Tugu Monas dan Masjid Istiqlal untuk bergambar kenangan, sambung membeli belah lagi di ITC Mangga Dua Shopping Komplek, makan tengahari sebelum dibawa ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.





4H3M DI SAIGON

Hari 01 Kuala Lumpur – Saigon (L/D)

Berkumpul di LCCT 2 ½ jam sebelum berlepas ke Saigon, setibanya di Saigon, peserta akan disambut oleh wakil kami disana, makan malam dan check in ke hotel.

HARI 2 Chu Chi Underground Tunnel + City Tour (B/L/D)

Sarapan di hotel, lawatan di hari pertama akan dimulakan dengan mengunjungi kawasan bekas peperangan Vietnam iaitu Chu Chi Underground Tunnel, peserta akan diberi penerangan mengenai peperangan, saksikan pelbagai kesan perang tersebut disini, Chu Chi Tunnel juga merupakan lambang keberanian dan kekuatan rakyat Vietnam, kembali ke Bandar Saigon, makan tengahari di restoran muslim, lawatan diteruskan dengan melawat ke War Remnants Halls, masa bebas kemudiannya di Ben Thanh Market untuk membeli belah (pelbagai barangan seperti sutera Vietnam, barang hiasan dll boleh didapati disini), singgah untuk bergambar kenangan di Notre Dame Cathedral, Saigon Post Office dan City Hall, makan malam dan kembali ke hotel.

HARI 3 Mekong Delta + Shopping (B/L/D)

Sarapan di hotel, hari ini peserta akan dibawa ke My Tho Town, peserta akan menaiki bot ke Mekong Delta, disini peserta diberi peluang untuk merasai buah buah tempatan (mengikut musim), melawat ladang lebah dan merasa pelbagai minuman dicampur madu lebah, kembali ke bot dengan menaiki sampan sambil melihat keindahan sungai Mekong, kembali ke Bandar Saigon, makan tengahari, peserta kumudiannya dibawa ke Hong Ang Shop untuk membeli barangan muslim seperti telekung, tudung dll, masa bebas kemudiannya si Ben Thanh Market sekali lagi hingga ke petang. Makan malam dan kembali ke hotel.

Hari 04 Saigon – Kuala Lumpur (B)

Selepas sarapan, bebas melakukan aktiviti sendiri, sekitar jam 4 ptg bersedia untuk dibawa ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.







5H4M CHIANGMAI + CHIANGRAI

Hari 01 Kuala Lumpur – Chiangmai (MT/MM)
Berlepas dari LCCT.Setibanya di Chiangmai anda akan disambut wakil kami dan terus dibawa ke masjid yang terkenal di Chiangmai. Kemudian makan tengahari di restoran tempatan. Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas. Selepas itu anda akan di bawa untuk makan malam.

Hari 02 Chiangmai (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, lawatan pertama akan di mulakan dengan melawat ELEPHANT SAFARI. Makan tengahari dan selepas makan peserta berpeluang untuk menaiki gajah juga menaiki rakit buluh. Selepas itu, peserta akan di bawa pula ke ORCHID FARM. Makan malam di restoran muslim tempatan. Bermalam di Chiangmai. 

Hari 03 Chiangmai – Chiangrai (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi,check out hotel. Melawat BAN PONG NAMRON HOT SPRING. Perjalanan di teruskan dengan menyusuri bukit bukau dengan permandangan hijau yang sungguh menarik dan tenang untuk ke GOLDEN TRIANGLE dimana peserta berpeluang berdiri di tengah tengah sempadan MYANMAR dan LOAS. Makan tengahari di restoran muslim tempatan. Lawatan di teruskan ke MAE SAI atau lebih di kenali dengan sempadan Myanmar Makan malam di restoran Muslim tempatan dan selepas itu Check in hotel.Bermalam di Chiangrai.

Hari 04 Chiangrai - Chiangmai (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, check out hotel dan terus bertolak ke Chiangmai. Makan tengahari di restoran tempatan dan selepas itu lawatan di teruskan ke HOME INDUSTRIES. Kemudian melawat kilang membuat SUTERA THAI di San Kam Paeng dan juga kilang SA PAPER UMBRELLA di Borsang. Selepas itu peserta di bawa melawat KILANG BATU PERMATA yang terbesar di dunia dan kilang pembuatan barangan kulit. Pada sebelah malam peserta akan di bawa makan di restoran tempatan dan peserta berpeluang untuk membeli belah di NIGHT BAZAAR.

Hari 05 Chiangrai - Chiangmai (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, aktiviti bebas sehingga di bawa ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.








6H5M  BEIJING

Hari 1 Kuala Lumpur -Hong Kong - Beijing (D)
Berkumpul di KLIA 2 ½ jam sebelum masa berlepas. Bertolak ke Beijing. Setibanya di Beijing, peserta akan disambut oleh wakil kami dan dibawa check in ke Hotel.  

Hari 2 Beijing (B/L/D)
Selepas sarapan,mulakan lawatan di kota Beijing dengan mengunjungi Tiananmen Square, city square terbesar di dunia, bersempadan denganGreat Hall Of The People, lawatan diteruskan ke Forbidden City, komplek istana maharaja China selama lebih 500 tahun. Berhenti untuk solat dan melawat ke Masjid ChaoNei, selepas makan tengahari, masa bebas membeli belah di Muslim Super Market di Niujie, sebuah super market yang mengkhaskan pelbagai barangan untuk masyarakat muslim di China dan shopping di Fresh Water Pearl Center. Makan malam, saksikan persembahan akrobatik show China yang terkenal.

Hari 3 Beijing (B/L/D)
Selepas sarapan, hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana peserta akan dibawa melawat dan mendaki The Great Wall of China, salah satu keajaiban dunia, imbau kembali sejarah pembinaannya yang sungguh menakjubkan, dibina sekitar tahun 475-221 BC, peserta juga boleh mengambil kesempatan membeli belah barangan cenderahati di sekitar kawasan ini. Makan tengahari dan solat di restoran muslim dikawasan Great Wall, kembali ke Beijing dan masa bebas untuk membeli belah di Jade & Crystal Center, jade dan Kristal China sudah diperakui antara yang paling berkualiti di dunia. Sambung lawatan ke The Burning Cream Center,makan malam di local famous muslim restaurant,sebelah malam melawat ke Wangfu Jing Shopping Street & Food Street dimana terdapat pelbagai jenis makanan halal.

Hari 4 Beijing (B/L/D)
Selepas sarapan, sepenuh hari lawatan di kota Beijing, mulakan dengan melawat ke
Summer Palace, istana musim panas terbesar di China. Summer Palace dibina oleh Qing Emperor Qianlong’s pada 1751 dan dimusnahkan pada tahun 1860 oleh askar French dan British. Nikmati pemandangan yang mengasikkan disini. Kemudian rasai pengalaman urutan kaki tradisional China secara percuma di Chinese Medicine Center. Makan tengahari, masa bebas menyaksikan pertunjukkan fesyen show di The Famous Silk Show Room dan melawat ke Masjid Ma Dian yang merupakan salah sebuah masjid terkenal di Beijing, makan malam dan singgah sebentar di Hard Rock Café Beijing yang merupakan Hard Rock Café terbesar di dunia. Kembali ke hotel.

Hari 5 Beijing (B/L/D)
Selepas sarapan, lawatan ke mercu tanda baru Beijing iaitu Stadium Sarang Burung dan ke Water Cube, rakamkan kenangan anda disini, masa bebas membeli belah diDiamond Centre, nikmati minuman teh percuma di Tea House, selepas makan tengahari dan solat, masa bebas membeli belah di Hong Qiao Market dan ke Ya Show Market. Makan malam dan kembali ke hotel.

Hari 6 Beijing - Kuala Lumpur (B/L)
Selepas sarapan, bersedia untuk dibawa ke airport untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur bersama kenangan manis dan pelbagai cenderahati dari kota Beijing. 

5H4M JAKARTA, BANDUNG, GAROT, T. MALAYA

Hari 01 Kuala Lumpur – Jakarta – Bandung (MM)

Berkumpul di KLIA 2 ½ jam sebelum masa berlepas, setibanya di Jakarta, anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa ke Bandung, check in ke hotel, makan malam dan bermalam di Bandung.

Hari 02 Bandung Full Day Shoping + Tour (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, melawat ke Tangkuban Perahu dan ke Ciater Hot Spring, airnya bagus untuk rawatan kulit, selepas makan tengahari dan solat, peserta akan di bawa membeli belah di sekitar Jalan Setiabudi (Rumah Mode, Mode Plus, Donatello), Jalan Cihampelas untuk ke Jeans Centre, Jalan Dago (Grande, Episode, Jetset, Heritage, Summit, Terminal Tas), jika ada masa, singgah di Cibaduyut Street untuk melihat home industry product seperti beg, slipper, kasut dll. Makan malam dan kembali ke hotel.

Hari 03 Bandung – Garot – Tasik Malaya (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, check out, bertolak ke Garot dan Tasik Malaya, 2 tempat ini amat terkenal dengan pembuatan busana muslimah dan pusat barangan kulit di Indonesia, mulakan dengan melawat ke Raja Polah Village (sebuah perkampungan Sunda yang amat terkenal dengan seni barangan buluh seperti barangan perabot, peralatan memasak dll), sambung lawatan ke pusat ole ole terkenal iaitu Dodol Garot Factory, Leather Jacket Factory, Candi Cang Kuang Lake & Temple West Jawa) dan ke kampung Sampiruen(kawasan cottage di atas paya), makan malam dan bermalam di Garot.

Hari 04 Garot – Jakarta (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, check out, bertolak ke Jakarta, tiba di Jakarta melawat ke Taman Mini Indonesia Indah, kemudian ke Tanah Abang, masa bebas disini sehingga ke petang, singgah di Monas dan Masjid Istiqlal sebelum makan malam dan dibawa ke hotel.

Hari 05 Jakarta - Kuala Lumpur (SP)

Selepas sarapan, masa bebas sebelum dibawa ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.



4H3M MEDAN-LAKE TOBA-BRASTAGI

Hari 01 Penang – Medan - Parapat (MT/MM)

Menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Bayan Lepas ke Medan. Setibanya di Polonia International Airport, anda akan disambut oleh wakil kami dan dibawa ke restoran tempatan, makan tengahari. Seterusnya anda akan dibawa ke Parapat, Lake Toba melalui Permatang Siantar. Check-in hotel. Makan malam di hotel.

Hari 02 Parapat - Brastagi (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa menyusuri Tasek Toba ke Samosir Island dengan menaiki bot. Di sana anda akan dibawa melawat ke Perkampungan Tomok dan Ambarita yang unik. Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan ke Brastagi. Di Permatang Purba, anda akan dibawa melihat rumah panjang Raja Batak Simalungun dan Air Terjun Sipiso Piso. Check-in hotel. Makan malam di hotel.

Hari 03 Brastagi – Medan ‘Shopping Tour’ (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, anda akan dibawa melawat ke Gunung Gundaling untuk menyaksikan keindahan 2 buah gunung berapi yang masih aktif iaitu Sibayak & Sinabung dan Fruits Central Market. Setibanya di Medan, anda akan dibawa untuk “City Tour” termasuk lawatan ke Maimun Palace dan membeli-belah di Shopping Medan Mall, Pasar Ikan Lama, Factory Outlet dan Batik Shop. Check in hotel. Makan tengahari dan malam di restoran tempatan.

Hari 04 Medan – Lapangan Terbang Bayan Lepas (SP/MT)

Selepas sarapan, anda bebas dengan aktiviti sendiri. Makan tengahari di restoran tempatan sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk berangkat pulang ke Malaysia. 







5H4M PADANG-BUKIT TINGGI-MANINJAU

Hari 01 Kuala Lumpur – Padang – Bukit Tinggi (MT/MM)
Berlepas dari LCCT.Setibanya di dan tiba di Bandara International Minangkabau. Peserta akan di sambut oleh wakil kami di sana. Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi, peserta akan singgah sebentar menikmati permandangan di Air Terjun Lembah Anai. Kemudian, makan tengahari di restoran tempatan. Selepas itu, peserta dibawa Melawat ke Pandai Sikek, kerajinan Songket & Ukiran Kayu. Setibanya di Bukit Tinggi, peserta akan check in hotel dan makan malam di restoran tempatan.

Hari 02 Bukit Tinggi (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Peserta akan memulakan lawatan ke Batu Sangkar untuk melihat Istana Silindung Bulan. Dalam perjalanan singgah sebentar di Tabek Patah iaitu tempat pembuatan kopi dan kerepek. Makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian melawat ke Sulaman Hj Rosma di Kampung Baso untuk melihat kehalusan seni kraftangan sulaman. Bertolak pulang ke Bukit Tinggi dan terus dibawa membeli-belah di Pasar Atas. Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Bukit Tinggi.

Hari 03 Bukit Tinggi - Maninjau (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Kemudian ke Ngarai Sianok yag terkenal dengan pemandangan yang menarik serta terdapat terowong Jepun di sekitarnya. Makan tengahari di restoran tempatan. Bertolak ke Tasik Maninjau. Di sana juga peserta akan dibawa melawat muzium dan rumah kelahiran Buya Hamka. Seterusnya check-in hotel dan makan malam di restoran. Bermalam di Maninjau.

Hari 04 Maninjau - Padang (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, kemudian terus bertolak ke Padang. Makan tengahari di restoran tempatan. Setibanya di padang, peserta akan dibawa melihat sekitar Padang seperti melawat China Town, Old Harbour, Jambatan Siti Nurbaya & Pantai Padang. Selepas itu aktiviti bebas untuk membeli-belah. Check-in hotel dan makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Padang.

Hari 05 Padang – Kuala Lumpur (SP)
Selepas sarapan, check out hotel dan peserta akan dibawa terus ke Lapangan Terbang Bandara International Minangkabau untuk penerbangan pulang ke  Malaysia.





4H3M BALI


Hari 01 Kuala Lumpur – Denpasar (MM)

Berlepas dari LCCT.Setibanya di Ngurah Rai International Airport anda akan disambut wakil kami dan terus dibawa ke hotel untuk urusan check in. Berehat seketika sebelum makan malam.

Hari 02 Kintamani – Ubud Tour (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, saksikan persembahan tarian tradisional Bali - Barong dan Kris, kemudian ke perkampungan Celuk yang amat terkenal dengan seni ukiran emas dan perak, perkampungan MAS terkenal dengan seni ukiran kayu, melawat ke kawasan sawah padi unik Ubud, Tampak Siring, Goa Gajah dan Kintamani Volcano yang akan membawa anda ke kawasan gunung berapi aktif, Batur, saksikan pemandangan indah disekitar kawasan ini, dalam perjalanan pulang ke Denpasar, singgah sebentar di kawasan ladang kopi Bali, peserta berkesempatan untuk merasa kopi Bali secara percuma disini. Makan malam dan kembali ke hotel. Aktiviti bebas.

Hari 03 Begugul – Tanah Lot Tour (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, melawat ke Mengwi Royal Family di Taman Ayun Temple, Lake Beratan, dan ke Tanah Lot, salah satu tempat tarikan pelancong yang amat terkenal di Bali, peserta juga boleh mengambil kesempatan membeli barangan cenderahati di gerai gerai yang banyak terdapat di sekitar kawasan ini, antaranya barangan kraftangan Bali, t-shirt dll. Makan malam.

Hari 04 Free At Leisure – Kuala Lumpur (SP)

Selepas sarapan pagi, aktiviti sendiri (peserta boleh mengambil kesempatan untuk mencuba spa Bali, ke gerai gerai, atau bersiar siar di pantai Kuta). Pada jam 1, check out dan peserta di hantar ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. 







3H2M KUCHING & SERIKIN


Hari 1
Berkumpul di KLIA/LCCT 2 jam sebelum waktu berangkat.  Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sambut oleh wakil kami.  Lawatan ke tempat tarikan pelancongan utama di Bandaraya Kuching.  Antaranya ialah Colonial Court House, Astana, Clock Tower, Tugu Charles Brooke, Muzium Sarawak, Muzium Kuching, Masjid Bandaraya, Waterfront dll.  Selepas lawatan, terus ke hotel penginapan untuk check in.  Acara bebas pada petang dan malam.

Hari 2  (Sarapan Pagi)
Sarapan pagi di hotel penginapan, lawatan ke sempadan Indonesia (Serikin).  Perjalanan ke Serikin mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.  Di sini banyak terdapat barangan murah seperti tikar rotan, barangan kulit, pakaian, kraftangan dll. Acara bebas.  Dan antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah mengunjungi perusahaan membuat kek lapis Dayang Salhah di Kg Gersik yang terletak di seberang Sungai Sarawak.  Disini juga terdapat Food Court yang menyediakan pelbagai citarasa  tempatan, malaysia dan antarabangsa.  Rasailah pengalaman merentasi sungai Sarawak dengan menggunakan sampan. 

Hari 3  (Sarapan Pagi)
Selepas sarapan pagi, anda bebas melakukan aktiviti sendiri sehingga waktu bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk penerbangan pulang.




















3H2M KOTA KINABALU, SABAH


Hari 01 LCCT – Kota Kinabalu (MT/MM)

Berlepas dari LCCT.Setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu anda akan dibawa melawat sekitar Kota Kinabalu yang dahulunya lebih dikenali sebagai Jesselton. Antara tempat yang menarik di Kota Kinabalu adalah Masjid Negari, pusat membeli-belah kraftangan, Muzium Negeri, Puh Toh Tze Temple dan juga bangunan Tun Mustapha, makan tengahari. Daftar masuk hotel dan makan malam restoran/hotel.


Hari 02 Kota Kinabalu (SP/MT/MM)

Selepas sarapan di hotel, anda akan di bawa ke Taman Negara Kinabalu Park. Nikmati panorama puncak Kinabalu. Makan tengahari di Taman Negara dan pulang ke Kota Kinabalu. Makan malam di restoran.


Hari 03 Kota Kinabalu – LCCT (SP/MT)

Selepas sarapan, acara bebas daftar keluar dan di bawa makan tengahari sebelum ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.












12 HARI /10 MALAM - UMRAH

HARI 1 KUALA LUMPUR – DOHA – JEDDAH – MEDINAH
Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Bertolak ke Doha, Qatar, setibanya disana, peserta akan transit sebentar di airport sebelum menyambung penerbangan ke Jeddah. Tiba di Jeddah, jemaah akan disambut oleh wakil kami disana, rehat sebentar sebelum menyambung perjalalanan menuju ke kota Medinah Al Munawarah. Tiba di Medinah, check in ke hotel, bebas melakukan ibadah di Masjid Al Nabawi.
HARI 2 MEDINAH
Selepas sarapan, jemaah akan dibawa oleh mutawwif kami untuk ziarah dalam di sekitar Masjid Al Nabawi. Antaranya ke Makam Rasulullah SAW, Raudhah,dan ke Perkuburan Baqi, jemaah akan diberikan penerangan lengkap berkenaan tempat tempat penting ini oleh mutawwif kami disana. Selesai ziarah, jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi, peserta amat digalakkan agar memperbanyakkan menziarahi makam Rasulullah SAW dan ke Raudhah.
HARI 3 ZIARAH KOTA MEDINAH
Selepas sarapan, jemaah akan dibawa untuk menziarahi tempat tempat bersejarah di kota Medinah, antaranya ke Masjid Quba, Bukit Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Khomsah, Kilang Percetakan Al Quran, dan akhir sekali ke bazaar kurma. Selesai ziarah, bebas beribadah di Masjid Al Nabawi.
HARI 4 MEDINAH – MAKKAH
Hari ini merupakan hari terakhir jemaah berada di kota Medinah, jemaah diminta melakukan ziarah wida di Makam Rasullullah SAW sebelum berangkat ke kota Makkah, Selepas solat zuhur, peserta diminta menukar kepada pakaian ihram untuk berniat ihram/umrah di Bir Ali. Jemaah akan dipastikan berniat ihram/umrah disini oleh mutawwif kami disana. Bertolak ke Makkah. Setibanya di Makkah, check ini ke hotel. Makan malam dan berehat sebentar sebelum jemaah dibawa untuk menunaikan umrah, jemaah akan dibantu oleh mutawwif kami yang berpengalaman untuk menyelesaikan kerja kerja umrah seperti tawaf, saie dan tahallul. Selesai umrah, jemaah kembali ke hotel. Berehat.
HARI 5/6 MAKKAH
Jemaah bebas melakukan ibadah sendiri atau melakukan umrah ulangan.


HARI 7 ZIARAH MAKKAH
Selepas sarapan, hari ini jemaah akan dibawa untuk ziarah kota Makkah, antara tempat yang akan dilawati ialah Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah, Mina dan ke Jabal Nur. Bagi jemaah yang ingin melakukan umrah, bas akan singgah di Jaronah untuk berniat ihram/umrah, kembali ke Makkah, bagi jemaah yang berihram akan dibantu oleh mutawwif kami untuk menyelesaikan ibadah umrah.
HARI 8 MAKKAH
Jemaah bebas melakukan ibadah sendiri atau melakukan umrah ulangan.
HARI 09 MAKKAH
Hari ini jemaah akan berpeluang untuk menyertai satu lagi lawatan tambahan di Makkah. Jemaah akan dibawa ke ladang unta untuk merasai keenakan susu unta dan sekiranya mendapat keizinan dari pihak muassasah, jemaah akan berpeluang melawat ke Muzium Makkah yang tersimpan pelbagai khazanah Masjidil Haram yang asal, antaranya Kelambu Kaabah dan pelbagai artifek di dalamnya. Bagi yang ingin mengulangi umrah, bas akan berhenti di Hudaibiah untuk berniat umrah/ihram.
HARI 10 MAKKAH
Jemaah bebas melakukan ibadah sendiri atau melakukan umrah ulangan.
HARI 11/12 MAKKAH – JEDDAH – DOHA – KUALA LUMPUR
Sebelum bertolak ke Jeddah, jemaah diwajibkan untuk melakukan tawaf wida di Baitullah, jemaah akan dibantu oleh mutawwif kami untuk menyempurnakan tawaf wida ini, jemaah kemudiannya akan bertolak ke Jeddah, tiba di Jeddah jemaah akan dibantu untuk urusan daftar masuk, bertolak pulang ke Kuala Lumpur melalui Doha. Jemaah tiba di Kuala Lumpur pada masa yang ditetapkan.